SEJARAH KEMERDEKAAN MALAYSIA
yeayyyyy masuk chapter baru jeng jeng jeng
So today,we are going to tell u guys about sejarah kemerdekaan Malaysia yang mungkin u guys tak pernah tahu pun . Nak mula dari mana yaa?
okaylah, kita start pada peristiwa yang terjadi semasa malam kemerdekaan.di mana terjadinya peristiwa penurunan bendera Union Jack sebagai tanda bahawa berakhirnya penjajahan British ke atas Tanah Melayu.Hal ini juga telah menjadikan Tanah Melayu sebagai sebuah negara baru yang berdaulat, setaraf dan setimpal dengan semua negara-negara yang berdaulat di dunia.Bendera Persekutuan Tanah Melayu telah dinaikkan oleh anggota Tentera Laut Diraja Malaysia(TLDM) yang disaksikan sendiri oleh Tunku Abdul Rahman.Macam mana?Semput tak baca?Hhahaahhaha haa tu baru sikit.Hah ni ada lagi,peristiwa ini telah diadakan pada malam sebelum merdeka iaitu 30 Ogos 1957 di Padang Bandar Hilir,,Melaka.Upacara penurunan bendera Union Jack dilakukan tepat pada pukul 6.30 petang,iaitu lebih awal dari tempoh berakhirnya pemerintahan Inggeris di Tanah Melayu yang septutnya bermula pada tengah malam.Upacara ini disaksikan oleh Residen Comisioner Inggeris di Melaka iaitu Sir Hammet bersama-sama dengan beribu-ribu rakyat jelata.Penurunan bendera telah dilakukan oleh dua orang anak kapal dari kapal perang H.M.S. Saint Brides Bay,kemudiannya diserahkan kepada Sir Hammet.Penyerahan bendera Union Jack itu melambangkan berakhirnya penajahan Inggeris di Tanah Melayu.
So,selesai part ni.
We move to part 2 dimana berlakunya peristiwa bersejarah dan bermakna bagi Tanah Melayu.
Pada tanggal 31 Ogos 1957,bertempat di Stadium Merdeka,Kuala Lumpur telah menyaksikan bahawa secara rasminya penyerahan pemerintahan Persekutuan Tanah Melayu daripada pemerintahan British kepada warganegara Tanah Melayu.Alhamdulillah....Syukur tak terhingga lah kalau kita ada pada zaman ni kan?Menitik apa ayaq mata hampa.Hahahahahahahahah.
Tapi kita tak berhenti kat sini ja tau.ada sikit ja lagi.sikit ja...teruskan baca yaa
Pengisytiharan ini telah dilakukan oleh Tunku Abdul Rahman disertakan dengan laungan "MERDEKA" sebanyak tujuh kali.Bendera Persekutuan Tanah Melayu telah dinaikkan dengan iringan lagu kebangsaan 'Negaraku' yang buat pertama kalinya diperdengarkan secara rasmi dalam sebuah negara baru.Diikuti pula selepas itu dengan seruan azan sebagai simbolik lahirnya sebuah negara yang baru dan tembakan meriam serastus satu das.
Fuhh settle sejarah ringkas kemerdekaan Malaysia.Make sure ingatlah yaa sejarah ringkas negara kesayangan kita ni.Tak guna lah mulut ja cakap cinta tapi hati tak ada.All in all,we have to remember our state fighters's sacrifice.
No comments:
Post a Comment